TIPS MENULIS AYAT
Ayat biarlah ringkas tetapi padat
- Anda digalakkan menulis ayat yang pendek , ringkas dan
padat berbanding yang panjang. Ini kerana ayat yang panjang biasanya
terdedah kepada kesalahan tatabahasa.
- Biasakan diri kamu mengolah
ayat daripada isi yang telah disenaraikan.
- Satu perenggan biasanya mengandungi 3, 4 atau 5 ayat sahaja bagi huraian satu isi.
*Panduan Menulis Dialog: Bagaimana hendak menulis dialog dengan baik?
Di bawah ini adalah contoh yang baik untuk menulis dialog dalam karangan anda. Mulakan setiap dialog di baris baru. Ini mengelakkan kekeliruan pemeriksa. Lihat contoh:
*Contoh Penulisan Dialog Yang Bagus
"Kamu baru pulang ?"
"Baru sebentar tadi." Jawab saya. "Tentu Kamu tertunggu kepulangan saya."
"Memang saya tertunggu-tunggu," luah Jamal, lembut.
*Contoh Penulisan Dialog Yang Teruk
"Kamu baru pulang ?" "Baru sebentar tadi." Jawab saya. "Tentu Kamu tertunggu kepulangan saya."
"Memang saya tertunggu-tunggu,"
luah Jamal, lembut
PETUA
BILA MENULIS KARANGAN!
- Perlu memahami betul-betul
kehendak soalan.
- Catatkan apa sahaja isi-isi
yang terlintas di fikiran, kemudian susun mengikut mana yang lebih
penting.
- Tuliskan karangan berdasarkan
rangka yang kamu sediakan.
- Karangan mestilah mempunyai
pendahuluan, isi-isi dan penutup.
- Bagi karangan meminta fakta,
sekurang-kurangnya mempunyai empat isi (seelok-eloknya cari lima isi )
dan setiap perenggan mengandungi satu isi.
- Gunakan ayat yang pendek dan
bahasa yang mudah.
0 comments:
Post a Comment