[Masa yang dicadangkan : 25 minit]
[20 markah]
Panduan Pemarkahan :
Baca dan periksa setakat 120 patah perkataan sahaja atau sehingga ayat itu berakhir. (Apa implikasi?)
Jika calon menghuraikan sekurang-kurangnya satu aktiviti daripada gambar (peringkat cemerlang)
Jika calon tidak menggunakan aktiviti yang terdapat dalam gambar tetapi menggunakan isi luaran sepenuhnya (maksimum: peringkat baik)
Jika calon menulis pernyataan berdasarkan gambar sahaja. (maksimum: peringkat memuaskan) – menerangkan gambar.
Karangan Contoh
Soalan : Lihat gambar dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah membaca. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Perenggan Pendahuluan :
Sentuh tema/isu utama . (satu ayat)
Fokus/kehendak/kecondongan soalan (faktor/punca, cara/langkah mengatasi, kebaikan/faedah, dll. (satu ayat)
15 – 20 patah perkataan.
Contoh pendahuluan.
Amalan membaca amat penting dalam kehidupan khususnya kepada para pelajar. Hal ini demikian kerana amalan membaca tersebut banyak faedahnya.
20 patah perkataan.
Perenggan Isi :Ayat isi berdasarkan bahan rangsangan.
Ayat huraian dan contoh juga berdasarkan bahan rangsangan.
Ungkapan menarik seperti peribahasa.
3-4 ayat (40 patah perkataan)
Contoh perenggan isi.
Dengan membaca, kita akan mengetahui isu atau berita yang disiarkan melalui akhbar dan majalah. Oleh hal yang demikian, pengetahuan seseorang akan bertambah dan senantiasa peka akan perkembangan semasa. Dengan perkataan lain, tidak lagi dianggap ”seperti katak di bawah tempurung”.
39 patah perkataan.
Selain itu, perbendaharaan kata kita juga akan bertambah. Situasi ini membolehkan kita berkomunikasi dengan baik dan seterusnya membantu kejayaan dalam pelajaran. Dari aspek yang lain pula, amalan membaca dapat mengisi masa lapang seseorang dengan cara yang berfaedah. Sedarilah kita, “masa itu emas’. 42 patah perkataan
Perenggan Penutup :
Kembali kepada tema/isu utama . (satu ayat)
Bagi cadangan, nasihat, komentar atau amaran (berdasarkan konteks) – (satu ayat)
15 – 20 patah perkataan
Contoh perenggan penutup.Kesimpulannya, amalan membaca penting untuk melahirkan generasi yang berilmu dan bermaklumat. Sehubungan dengan itu, usaha untuk meningkatkan amalan membaca patut disokong. 21 patah perkataan