Galeri

Sunday 25 November 2012

PANDUAN MERINGKAS


Kertas Dua : Bahagian A
PENILAIAN MENENGAH RENDAH
BAHASA MELAYU
Kod 02/02
BAHAGIAN A (i)
RINGKASAN
Nota:
-  Calon dikehendaki meringkaskan petikan berdasarkan kehendak soalan supaya menjadi
tidak melebihi 80 patah perkataan.
-  Contoh:
o Tulis sebuah ringkasan tentang masalah penjualan buku-buku dalam bahasa Melayu.
o Tulis sebuah ringkasan tentang faktor-faktor yang menyebabkan banjir kilat di ibu kota.
o Tulis sebuah ringkasan tentang cara-cara memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak.
-  Biasanya petikan yang dikemukakan adalah rencana tentang isu-isu semasa.
-  Sebanyak 40 minit diperuntukan untuk menjawab Bahagian A(i) dan A(ii).
-  Markah yang diperuntukan pula ialah 20 markah.
Teknik Meringkaskan Petikan:
-    Calon perlu membaca dan memahami arahan soalan di samping memastikan jumlah perkataan yang dikehendaki.
-    Baca petikan lebih daripada sekali dengan teliti sehingga betul-betul faham akan isi petikan tersebut.
-    Semasa membaca petikan, garisi perkataan yang menggambarkan isi yang dikehendaki oleh soalan.
-    Cuba gabungkan perkataan-perkataan tersebut untuk membentuk isi yang mantap.
-     Gunakan penanda wacana untuk membentuk ayat bagi menampakkan perkaitan isi.
-    Huraian isi dan contoh-contoh perlu ditinggalkan.
-    Calon digalakkan menggantikan huraian isi yang panjang dengan perkataan tertentu atau istilah lain yang lebih sesuai.
-    Selepas menulis ringkasan itu sila kira jumlah perkataan serta semak jika terdapat kesalahan ejaan atau  tatabahasa.
-    Markah maksimum untuk isi ialah 10 markah (5 isi x 2 = 10 markah); manakala markah maksimum untuk     bahasa ialah 10 markah(bergantung pada persembahan bahasa pelajar).
-    Tulis ayat-ayat baru dalam satu perenggan sahaja.
-    Salin hasil ringkasan dalam kertas jawapan dengan tulisan yang kemas. Kemudian, tulis jumlah perkataan di bahagian kanan jawapan.
INGAT!!! Jangan salin ayat bulat-bulat daripada isi tersebut; dan jangan ubah kesemua perkataan yang terdapat dalam isi tersebut kerana bimbang maksudnya akan terpesong.

Contoh Soalan:
Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang kebaikan belajar secara berkumpulan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kita sering mendengar beberapa istilah seperti kumpulan perbincangan, study group, study circle, halaqah ataupun usrah. Pada umumnya, kumpulan perbincangan ini merupakan suatu kumpulan kecil individu yang ditubuhkan untuk membincangkan dan bertukar-tukar pendapat tentang perkara-perkara tertentu bagi kepentingan anggota kumpulan tersebut. Aktiviti ini dianggap suatu tradisi meningkatkan ilmu jika perbincangan itu dijalankan secara berkekalan.
Dalam proses memahami bahan-bahan yang kita peroleh daripada buku atau kuliah untuk disusun dalam bentuk lebih kemas, kita memerlukan perbincangan. Kerap kali kita mempunyai pecahan-pecahan ilmu yang terasing atau bahan yang berselerak dan kita tidak dapat mengaitkannya dengan konteks yang sebenarnya. Mungkin pecahan-pecahan yang kita miliki tidak cukup untuk kita kaitkan dan sambungkan sebagai satu kesatuan yang jitu.
Kita memerlukan orang lain untuk memberikan pecahan-pecahan yang tidak kita miliki itu dan menyusunnya sebagaimana isi kandungan itu seharusnya disusun. Tugas itu memerlukan perkongsian pendapat dengan rakan-rakan atau orang yang sama-sama mahu mendapatkan pengetahuan tersebut. Jikalau perbincangan itu disertai oleh orang yang lebih mahir dan pakar, kesan perbincangan itu lebih bermakna.
Apabila kita bekerja dengan orang lain, kadar kepantasan kita akan meningkat. Hal ini demikian kerana adanya unsur-unsur persaingan dan tentulah kita mahu mengemukakan pendapat yang terbaik dan sumbangan yang bermanfaat kepada kumpulan. Dengan demkian kita akan membuat persediaan awal yang bersungguh-sungguh untuk menjayakan perbincangan itu.
Namun begitu, kumpulan perbincangan itu ada juga keburukannya. Bagi sesuatu perkara yang rumit dan memerlukan kebolehan intelektual, perbincangan lebih banyak memberikan gangguan dan akhirnya objektif pembelajaran tidak tercapai.

Contoh Jawapan:
Kumpulan perbincangan diadakan bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat tentang sesuatu perkara dalam kalangan ahli. Melalui aktiviti ini, pemahaman tentang sesuatu perkara dapat dipertingkatkan. Selain itu, nota hasil pembelajaran dapat disusun dengan tepat,rapi dan mengikut urutan. Rakan-rakan yang mahir dan pakar juga dapat menjelaskan sesuatu perkara yang sukar difahami dengan terperinci. Selain itu, . Di samping itu, semua ahli kumpulan mendapat faedah hasil daripada perbincangan yang dilakukan. Akhir sekali kumpulan perbincangan dapat meningkatkan kadar kepantasan dan kecekapan.

                                                                                                             (75 patah perkataan)

 bekerja setiap ahli kumpulan.BAHAGIAN A (ii)
PEMAHAMAN
Nota:
-    Tiga soalan akan dikemukakan.
-    Soalan (i) dan Soalan (ii) lazimnya berkaitan dengan isis petikan. Sila rujuk petikan untuk mendapatkan
jawapan.
-    Soalan (iii) merupakan soalan terbuka yang memerlukankemahiran berfikir murid. Jawapan perlu
munasabah.
-    Markah yang diperuntukan ialah 10 markah.
Teknik Menjawab Soalan Pemahaman
1.    Calon perlu memahami kehendak soalan yang dikemukakan dan jumlah markah yang ditetapkan bagi
setiap soalan.
  1. Soalan (i) Soalan tentang maksud frasa atau rangkai kata dan juga peribahasa yang terdapat dalam
petikan dan 2 markah akan diberi.
  1. Seboleh-bolehnya, gantikan setiap perkataan dalam rangkai kata tadi dengan perkataan anda
sendiri, tetapi hendaklah mengikut maksud penggunaannya dalam petikan.
  1. Soalan (ii) adalah soalan  pemahaman berdasarkan petikan dan markah yang diberi ialah 4.
  2. Oleh sebab soalan ini berdasarkan petikan, pelajar mestilah mencari isi jawapannya dalam petikan
tersebut.
  1. Setelah ditemui, jangan disalin bulat-bulat tetapi seperti menjawab ringkasan, pelajar sekurang-
kurangnya mengubah satu atau dua perkataan.
  1. Markah yang diberi ialah 4, maka pelajar perlu mengemukakan lebih daripada satu isi (2, 3
atau 4 isi jika ada dalam petikan).
  1. Soalan (iii) merupakan soalan pendapat yang jawapannya dikategorikan sebagai tersirat.
  2. Hal ini bermakna pelajar mesti membuat kesimpulan atau memberikan pendapat sendiri.
Contoh Soalan  dan Jawapan (Berdasarkan petikan di atas)
(i)             Apakah maksud tradisi meningkatkan ilmu dalam petikan di atas?
Tradisi meningkatkan ilmu bermaksud suatu cara yang sering dilakukan untuk menambahkan pengetahuan seseorang.
(ii)            Berikan dua cara belajar secara berkumpulan dapat dilakukan?
 Dua cara belajar secara berkumpulan dapat dilakukan ialah secara berbincang dalam satu kumpulan yang disertai oleh orang yang lebih mahir dan pakar dalam aspek yang sedang dibincangkan. Selain itu, mengemukakan pendapat yang bernas dan yang terbaik sebagai tamparan kepada cabaran pengetahuan ahli kumpulan yang lain.
(iii)           Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk memberitahu murid tentang kebaikan belajar secara berkumpulan?
Pada pendapat saya, guru mata pelajaran hendaklah menjelaskan kepada murid bahawa belajar secara berkumpulan akan menyebabkan pelajaran kekal lama dalam ingatan. Pihak sekolah juga boleh mengadakan ceramah tentang cara belajar secara berkumpulan yang efisien. Selain itu, murid yang telah berjaya menggunakan akedah ini dijadikan murid contoh. Di samping itu, pihak kaunselor hendaklah memberi ceramah motivasi diri dan pengurusan diri untuk menjadi murid yang cemerlang.

3 comments:

Unknown said...

Tips yang sgt membantu utk para pelajar ;) terima kasih

Unknown said...

Tu largh.. Sangat membantu. Tambah-tambah lagi saya yang nak ambil PMR tahun hadapan. Amat memerlukan. Terima kasih cikgu Shikin. :)

Black Rambo said...

Saya Rambo Hitam dari Grammy, saya bekerja di Kem Grammy, isteri saya meninggal dunia 6 tahun yang lalu dan sejak saya menjaga anak tunggal saya bernama Clinton, seorang kawan nasihat saya untuk mencari isteri, pada pencarian saya bertemu Jennifer dia dan wanita Inggeris, Saya suka begitu banyak bahawa saya boleh memberikan segala-galanya dia berusia 37 tahun, selepas beberapa waktu bertarikh saya begitu banyak cinta dengannya, kami mempunyai beberapa salah faham, dan dia pecah dengan saya dan saya merayu kepadanya untuk kembali anak saya dipanggil dia berkata Tidak, bahawa dia telah menemui orang lain, dan kita suka antara satu sama lain selepas beberapa hari saya membaca artikel tentang bagaimana Dr Lomi boleh membantu membawa kembali , Saya memutuskan untuk mencuba, saya menghubungi Dr Lomi untuk membantu beliau memberitahu saya apa yang perlu dilakukan untuk membawa balik kekasih saya yang saya lakukan, dia melakukan doa dan Jennifer kembali dia mencintai saya dan menghargai saya lebih sekarang, dan kami mempunyai masa terbaik dalam hidup kita, Dr Lomi juga menyediakan beberapa herba semulajadi yang membuat saya kuat dan sihat lagi sekarang saya merasa seperti seorang pemuda saya berpuas hati dengan seksualnya sangat baik kita berdua gembira, hubungi Dr Lomi pada nombor WhatsApp +2349034287285 atau e-mel kepadanya di lomiultimatetemple@gmail.com HE MEMPUNYAI PENYELESAIAN TERBAIK UNTUK ANDA

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...